Kompaun langgar SOP di Melaka lebih RM7 juta - Utusan Malaysia

Kompaun langgar SOP di Melaka lebih RM7 juta

SEORANG individu dikompaun selepas melanggar SOP PPN di Pantai Puteri, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis Melaka mengeluarkan kompaun berjumlah lebih RM7.2 juta dalam tempoh empat bulan sejak pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Jun lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kompaun bernilai RM7,299,000 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP). 

Menurut beliau, ia melibatkan 2,226 kompaun terhadap individu dan perbadanan mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Berdasarkan statistik, sejak Fasa 1 PPN pada Jun sehingga 3 September lalu, sebanyak 2,226 kompaun dikeluarkan dengan nilai keseluruhan RM7,299,000. 

“Mengikut pecahan kompaun pula, sebanyak RM6,279,000 adalah kompaun individu manakala RM1,020,000 pula membabitkan perbadanan atau syarikat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, beliau memberitahu, dalam tempoh sama, polis  memeriksa lebih 3.9 juta buah kenderaan, dengan 7,741 daripadanya diarahkan berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR) semua pintu masuk negeri. 

“Sejak peralihan Fasa 2 PPN bermula 4 September sehingga semalam, sebanyak 387,405 buah kenderaan diperiksa dengan 1,138 diarah patah balik.

“Permohonan rentas negeri pula merekodkan 26,143 pemohon dan 64 terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi kelayakan ditetapkan,” jelasnya.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya