Denda rakyat Malaysia yang tak keluar mengundi - Ahmad Maslan

Denda rakyat Malaysia yang tak keluar mengundi – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa supaya mewajibkan seluruh rakyat Malaysia keluar mengundi ketika pilihan raya umum.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu perlu dilakukan kerana kekerapan mengundi hanyalah lima tahun sekali.

“Ada 22 buah negara yang telah mewajibkan keluar mengundi. Kenapa kita perlu pinda Perlembagaan dan wajibkan rakyat keluar mengundi? Lima tahun sekali tapi tak keluar mengundi apa ke bendanya ini. Bukan sebulan sekali.

“Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, yang keluar mengundi 82.32 peratus, jadi dalam 14.9 juta pengundi, yang keluar cuma 12.2 juta, yang lagi 2.7 juta ini tidur ke apa? Tak keluar mengundi walaupun lima tahun sekali,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Justeru, beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya mengenakan denda kepada pengundi yang tidak keluar mengundi.

“Mereka yang tak keluar mengundi kita kenakan denda, contoh RM100 atau RM200 atau tak boleh memperbaharui lesen memandu dan contoh-contoh lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya