Saya melihat fenomena alam semulajadi ini dari sudut hidrologi sekitaran. Peristiwa banjir puing di Yan, Kedah bukanlah sesuatu yang kerap berlaku dalam persekitaran kita. Namun ia juga bukanlah sesuatu yang boleh direncanakan dengan mudah. Ini kerana, banjir puing merupakan salah satu fitrah alam semulajadi yang tidak boleh dikawal manusia. Umum mengetahui ini bukanlah kali pertama negara Malaysia berdepan bencana alam yang berkaitan dengan banjir. Negara kita yang terletak di kawasan tropikal, sememangnya menerima jumlah hujan yang banyak, justeru menyumbang kepada fenomena banjir, banjir kilat, aliran lumpur, tanah runtuh dan sebagainya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya