[VIDEO] Lelaki positif Covid-19 tumbuk jururawat sebelum cuba lari hospital - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lelaki positif Covid-19 tumbuk jururawat sebelum cuba lari hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang pesakit Covid-19 cuba melarikan diri dari Hospital Sungai Buloh semalam mengundang padah apabila mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat lima.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang semalam, mangsa berusia 33 tahun dimasukkan di dalam wad hospital itu pada pukul 3 pagi, hari sama.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, pesakit yang kelihatan murung itu cuba keluar dari wad sebelum bergelut dengan jururawat yang cuba menghalangnya.

RAKAMAN video yang tular mengenai pesakit Covid-19 di Hospital Sungai Buloh. – VIDEO/MEDIA SOSIAL

Jelas beliau, pesakit lelaki itu bertindak agresif terhadap jururawat dengan menumbuk muka dan mengejar jururawat yang menghalangnya untuk keluar dari wad berkenaan.

“Dia turut mengganggu pesakit lain sebelum pergi ke tepi tingkap wad berkenaan dan cuba terjun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Shafa’aton, kejadian itu telah disedari staf lain hospital dan cuba menyelamatkannya, namun pesakit itu akhirnya terjatuh ke aras bawah hospital.

“Mangsa kemudian dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk menerima rawatan lanjut kerana cedera di badan dan muka.

Kes masih dalam siasatan polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.