Tidak jawab panggilan telefon, janda dua anak dibunuh kekasih -

Tidak jawab panggilan telefon, janda dua anak dibunuh kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTAN: Seorang janda beranak dua anak maut dibunuh oleh kekasihnya semata-mata kerana suspek sakit hati mangsa tidak menjawab panggilan telefon.

Tindakan mangsa tidak menjawab panggilan telefon itu menyebabkan suspek yang berusia 40 tahun merasakan dirinya tidak dihargai lalu bertindak membunuh wanita yang berusia 29 tahun itu.

Kejadian berlaku di Pemukiman Desa Malang Rapat, Kecamatan Gunung Kijang, di sini.

Aksi pembunuhan ini terbongkar  apabila mangsa menjerit minta tolong menyebabkan jiran-jiran datang melihat apa yang berlaku namun hanya menemukan mangsa yang sudah terbaring atas lantai berlumuran darah.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 malam waktu Indonesia Barat pada hari Rabu itu, suspek terus melarikan ke dalam hutan.

Namun, suspek berjaya ditangkap oleh pihak polis dalam ladang kelapa sawit dua jam selepas pembunuhan berlaku.

Dalam pengakuan kepada polis, suspek mengakui berasa marah dan tidak dihargai apabila mangsa tidak menjawab panggilan telefon lalu bertindak membunuh kekasihnya itu.

Mangsa dan suspek sudah saling mengenali selama tujuh bulan.

Apabila panggilan tidak berjawab suspek terus ke rumah mangsa dan suspek hilang sabar lalu mengelar leher wanita itu menggunakan parang panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya