Siasat individu bocor surat istana - Srikandi Bersatu - Utusan Malaysia

Siasat individu bocor surat istana – Srikandi Bersatu

Ketua Penerangan Srikandi Bersatu, Mastura Darby menunjukkan laporan polis berhubung penyebaran surat rasmi didakwa surat Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri bocor tular di media sosial di IPD Putrajaya pada 3 Ogos 2021.-UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA PEMBERITA : PETAH WAZZAN (UTUSAN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis digesa mengambil tindakan ke atas pihak yang melakukan khianat atau sabotaj hingga boleh menggugat kestabilan dan keharmonian negara susulan penyebaran didakwa surat Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri bertarikh 29 Julai lalu.

Ketua Penerangan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mastura Mohamad berkata, pembocoran surat itu perlu disiasat bagaimana ia boleh tersebar dan dibocorkan dalam media sosial kerana dokumen terbabit adalah sulit.

“Kami memandang serius dengan perkara terbabit yang dilihat satu tindakan yang tidak bertanggungjawab hingga boleh mewujudkan rasa resah rakyat berhubung hubungan antara istana dan kerajaan. 

“Tanpa gangguan pihak yang berniat serong, kami yakin bahawa sebarang isu berbangkit akan dapat diselesaikan secara harmoni berpandukan semangat saling hormat-menghormati sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya yang ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, di sini hari ini. 

Mastura berkata, semua pihak digesa bersama-sama kerajaan menggembleng tenaga memerangi pandemik Covid-19 sekali gus mengembalikan kehidupan yang selesa dan bebas. 

Minggu lalu, media melaporkan, Yang di-Pertuan Agong dipercayai mengutuskan warkah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat.

Menerusi warkah bertarikh 29 Julai  yang tular di media sosial, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dipercayai memaklumkan kronologi berhubung pembatalan semua ordinan-ordinan berkenaan.

Surat terbabit tersebar tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN