ISKANDAR PUTERI: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengakui sukar mempercayai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran beberapa tindakan yang dilakukan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebelum ini. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, masalah kepercayaan itu berbangkit ekoran surat yang dihantar Ahmad Zahid kepada Yang di-Pertuan Agong pada Oktober tahun lalu. Selain itu, katanya, persoalan juga timbul ekoran isu rakaman suara yang tular membabitkan Ahmad Zahid…










