Polis siasat kumpulan individu langgar SOP ketika riadah - Utusan Malaysia

Polis siasat kumpulan individu langgar SOP ketika riadah

SEKUMPULAN individu yang gagal patuh SOP ketika aktiviti riadah di Bukit Bangkong, Tanah Hitam dekat Chemor, Ipoh kelmarin. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menyiasat tindakan sekumpulan individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika beriadah di Bukit Bangkong, Tanah Hitam dekat Chemor, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan dilakukan susulan video kejadian itu tular setelah dimuat naik dalam media sosial.

“Pihak polis memandang serius isi kandungan video tersebut kerana kelihatan beberapa individu sedang beriadah secara berkumpulan dan gagal mematuhi SOP Fasa Dua PPN yang sedang berkuat kuasa di negeri ini.

“Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat dan kes disiasat di bawah Peraturan 7, Akta 342 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Yahaya, orang ramai diingatkan agar mematuhi SOP PPN yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelak risiko penularan Covid-19 dalam komuniti.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati gagal mematuhi SOP dengan mengeluarkan kompaun mengikut kategori ketidakpatuhan di bawah Akta 342.

“Aduan atau maklumat mengenai ketidakpatuhan SOP di Ipoh boleh dihantar melalui Pusat Kawalan Daerah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2542222 atau ketua polis daerah Ipoh menerusi e-mel [email protected],” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya