Nekmat minta  longgarkan kemasukan pekerja laut dalam - Utusan Malaysia

Nekmat minta  longgarkan kemasukan pekerja laut dalam

Deretan bot-bot nelayan yang tersadai berikutan ketiadaan awak-awak warga asing di jeti nelayan Kuala Kedah. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) meminta kerajaan melonggarkan proses kemasukan tenaga kerja asing mahir bagi menampung keperluan dalam industri perikanan laut dalam di negara ini.

Pengerusinya, Abdul Hamid Bahari berkata, pada masa ini, tenaga kerja asing itu  diperlukan untuk memastikan kira-kira 1,000 bot laut dalam di seluruh negara dapat kembali beroperasi seperti biasa.

Menurut beliau, ketiadaan pekerja asing tersebut  menyebabkan kira-kira 20 peratus sahaja bot Zon C dan C2 laut dalam yang beroperasi ketika ini.

“Kekurangan pekerja asing menyebabkan bekalan ikan berkurangan sekali gus memerlukan kerajaan mengimport ikan dari luar negara,” kata beliau  selepas majlis penyerahan  bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)  Kuala Kedah, Kubang Rotan di sini hari ini.

Selain itu,Abdul Hamid berkata, difahamkan  pengusaha bot masih  perlu membayar sebanyak RM15,000 untuk membawa masuk seorang pekerja asing.

Katanya, bayaran tersebut merangkumi kos dokumen di Jabatan Imigresen, selain suntikan vaksin dan kuarantin. 

“Harga itu  itu terlalu tinggi dan tidak mampu ditampung pemilik bot tempatan,” katanya.

Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan pemilik bot tempatan ketika ini kian tersepit kerana perlu menyelenggara bot yang tersadai kira-kira dua tahun.

“Justeru kami berharap kerajaan menerusi MAFI dapat membantu dengan cara duduk semeja bersama agensi berkaitan, bagi mencari penyelesaian terhadap isu ini,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.