My Pasar Borong tawar produk petani secara online - Utusan Malaysia

My Pasar Borong tawar produk petani secara online

MALAYSIA dikatakan ketiadaan agensi khusus yang bertanggungjawab untuk jaminan bekalan makanan ketika beberapa negara lain telah menubuhkannya. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: My Pasar Borong membuka peluang para petani mahupun peniaga kecil untuk memasarkan terus produk keluaran mereka kepada pengguna secara atas talian kepada semua petani mahupun peniga kecil yang berada di luar Lembah Klang.

Pengurusan My Pasar Borong dalam kenyataan berkata, My Pasar Borong yang beroperasi secara atas talian, menjual pelbagai produk basah dan kering  dengan khidmat penghantaran terus yang efisien kepada pengguna.

Bagi memudahkan petani memasarkan produk keluaran mereka, My Pasar Borong mempelawa golongan berkenaan mendaftar sebagai vendor bagi memastikan produk mereka dapat dipasarkan terus kepada para pengguna.

“Mereka (Petani) boleh menjual apa sahaja produk hasil tani menerusi aplikasi pasar atas talian My Pasar Borong dan tidak perlu menghantar setiap pesanan kepada para pengguna kerana ia diuruskan oleh pasukan penghantar.

“Proses pendaftaran untuk menjadi vendor ‘My Pasar Borong Vendor’ amat mudah dengan hanya memuat turun aplikasi My Pasar Borong di Google Play Store atau Apple Store dan ikut arahan pada diskripsi pendaftaran sebagai vendor. 

“Tiada caj  untuk mendaftar sebagai vendor dan prosesnya sangat mudah dan efisien,” katanya kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, pelancaran aplikasi itu berikutan ramai petani mahupun peniaga kecil berdepan masalah untuk memasarkan produk serta hasil tani sepanjang negara berdepan ancaman pandemik Covid-19.

Pelanggan yang semakin berkurangan gara-gara sebahagian premis perniagaan yang berasaskan hasil tani tidak dibenarkan beroperasi seperti biasa sehingga mengakibatkan pendapatan mereka terjejas teruk.

Pasar-pasar basah juga dihadkan waktu operasi dan situasi tersebut turut mendorong pemilik premis perniagaan di pasar berkenaan mengurangkan tempahan mereka daripada para pembekal terutamanya yang berasaskan hasil pertanian.

Tambah kenyataan itu, para peniaga hanya perlu mengisi maklumat mengenai kedai mereka dengan tepat dan juga produk-produk yang mahu dijual untuk menjadi vendor.

Katanya, sebaik permohonan diterima, pihaknya akan menghubungi bagi tujuan pengesahan kedai, barangan yang dijual dan tawaran kontrak sebagai vendor.

“Jika semua proses sudah selesai, akaun vendor diaktifkan dan boleh memulakan urusan memuat naik barangan jualan dalam store yang didaftarkan di My Pasar Borong Vendor.

Menurutnya, dengan pelawaan sebagai vendor, pihaknya berharap golongan petani dan peniaga kecil yang terkesan untuk memasarkan produk sepanjang pandemik Covid-19 dapat meneruskan aktiviti mereka dengan para pengguna tanpa halangan menerusi penjualan terus secara atas talian.

“Bagi memudahkan proses pendaftaran sebagai vendor, berikut panduan yang perlu diikuti para pemohon iaitu dengan muat turun aplikasi ‘My Pasar Borong Vendor’, isikan maklumat mengenai kedai dengan betul, pihak My Pasar Borong menghubungi untuk pengesahan perniagaan dan kontrak.

“Jika selesai, akaun diaktifkan dan vendor boleh memasukkan maklumat barangan dalam store yang didaftarkan dalam aplikasi My Pasar Borong Vendor,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN