PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 20,579 kes berbanding semalam, 22,597 kes sekali gus diatasi kes sembuh iaitu 20,845 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 285 kematian dicatatkan dengan 1,009 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 477 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 267,997 kes aktif.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,591 kes diikuti Sabah (2,578), Sarawak (2,522), Johor (1,852), Kedah (1,755), Pulau Pinang (1,378), Kelantan (1,316) dan Perak (1,208).
“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Pahang (839), Terengganu (789), Kuala Lumpur (680), Melaka (636) dan Negeri Sembilan (329).
“Perlis pula mencatatkan 56 kes dan Putrajaya, 48 kes manakala Labuan hanya dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE