Kabinet baharu angkat sumpah hari ini - Utusan Malaysia

Kabinet baharu angkat sumpah hari ini

JEMAAH menteri mempunyai buku Kod Etika Bagi Anggota-Anggota Pentadbiran sebagai panduan dalam mentadbir kerajaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 69 ahli Parlimen akan mengangkat sumpah sebagai menteri dan timbalan menteri di Istana Negara pada pukul 2.30 petang hari ini.

Ini selepas barisan Jemaah Kabinet baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setelah senarai anggota Kabinet menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong pada minggu lalu.

Secara tradisinya, pelantikan secara rasmi diadakan dalam istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapn Seri Paduka.

Daripada 69 ahli Parlimen, 31 daripada mereka dilantik sebagai menteri manakala 38 lagi dilantik sebagai timbalan menteri, jumlah yang sama ketika kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Daripada 31 menteri, 16 daripada mereka mengekalkan jawatan di kementerian yang sama manakala dalam 38 timbalan menteri, 22 daripada mereka kembali memegang jawatan yang sama daripada Kabinet sebelum ini.

Terdapat empat menteri kanan yang akan mengangkat sumpah iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya dan Senator Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin sebagai Menteri Pendidikan.

Senator Idris Ahmad dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu adalah dua muka baharu yang pertama kali dilantik sebagai menteri Persekutuan.

Selain itu, Datuk Seri Shahidan Kassim, Tan Sri Noh Omar, dan Datuk Seri Mahdzir Khalid kembali dilantik sebagai menteri Prsekutuan setelah kali terakhir berkhidmat pada 2018.

Berdasarkan komposisi parti dalam Kabinet, 13 menteri daripada Barisan Nasional (BN), 13 Perikatan Nasional (PN) diikuti empat menteri daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), seorang menteri Parti Bersatu Sabah (PBS) dan seorang menteri Bebas.

Selebihnya, 19 timbalan menteri adalah anggota PN berbanding 15 timbalan menteri BN dan baki empat lagi anggota GPS. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya