JPJ tawar diskaun saman hingga 70 peratus bermula esok - Utusan Malaysia

 JPJ tawar diskaun saman hingga 70 peratus bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun pembayaran saman sehingga 70 peratus bagi semua saman kompaun bermula esok sehingga 16 September sempena Hari Kebangsaan ke-64.

Bagaimanapun, tawaran itu tidak terpakai bagi kes yang masih dalam sebutan  mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

JPJ menerusi kenyataan akhbar berkata, pengurangan bayaran saman akan diberikan kepada semua notis saman  bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Ia juga terpakai bagi notis saman di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan Senarai Hitam (blacklist).

“Pengurangan ke atas notis saman tersebut adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.

“Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh dinyatakan iaitu sehingga 16 September depan,” kata kenyataan tersebut.

Urusan pembayaran notis saman boleh dibuat di semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan UTC, kiosk atau secara atas talian (online) melalui portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my/).

Bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang  disenarai hitam (blacklist), pesalah dikehendaki hadir semula ke pejabat JPJ (cawangan ataupun negeri), bagi tujuan proses dokumentasi semula, sebelum  urusan pembayaran dapat dilakukan.

Tawaran pengurangan notis saman ini dibuat semata-mata bagi tujuan meringankan beban rakyat, selaras dengan kemelut ekonomi yang melanda segenap lapisan masyarakat di negara ekoran daripada pandemik Covid-19.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya