Dr. M kemuka 2 cara tangani pandemik Covid-19 - Utusan Malaysia

Dr. M kemuka 2 cara tangani pandemik Covid-19

sempadan
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya dua kaedah diperlukan kerajaan bagi menangani jangkitan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat dalam negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, kaedah tersebut meliputi iaitu dengan memisahkan sama ada menjarakkan dan menjauhkan diri daripada orang lain.

Katanya, seseorang itu memerlukan penjarakan sehingga dua meter berbanding penjarakan satu meter yang diamalkan kerana varian Delta boleh merebak melalui angin.

“Bagaimanapun, jika cara itu tidak berkesan, mempercepat pemberian vaksin berkemungkinan boleh berkesan.

“Jika vaksin ramai dan cepat, saya yakin kita boleh kurangkan kes baharu. Tetapi banyak birokrasi (membantutkan) pemberian suntikan vaksin itu,” katanya dalam perbincangan eksklusif secara dalam talian, hari ini.

Yang turut serta, veteran politik, Tan Sri Rafidah Aziz dan pakar perubatan, Datuk Dr. Musa Mohd Nordin yang membincangkan jalan ke hadapan untuk menyelamatkan negara.

Menurut Mahathir, kerajaan lebih mengutamakan prosedur daripada mempercepat proses suntikan vaksinasi.

“Ada yang kena daftar MySejahtera, tetapi orang tua di kampung bukan tahu bagaimana hendak daftar,” katanya.

Tambah beliau, maka dengan itu negara perlu mempunyai satu kumpulan yang tidak mempunyai kepentingan politik, tetapi atas rasa prihatin dan bertanggungjawab kepada rakyat.

“Maka semua pihak boleh berbincang cara-cara mempercepat bagi menentukan semua orang mendapat vaksin,” katanya.

Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana tidak dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang perarakan ke bangunan Parlimen,  semalam. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya