6 lelaki, 3 wanita ditahan berpesta dadah, seks di inap desa - Utusan Malaysia

6 lelaki, 3 wanita ditahan berpesta dadah, seks di inap desa

Sebahagian daripada sembilan yang ditahan berpesta seks dan dadah di Jitra pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JITRA:  Enam lelaki dan tiga perempuan ditahan berpesta seks dan dadah dalam sebuah inap desa yang disewa dua hari  di Jalan Impian di sini awal pagi tadi.

Daripada yang ditahan, seorang perempuan berusia 16 tahun. Mereka ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang diketuai Inspektor Muhammad Hafif Zailan dan Inspektor Esmahaslia Abu Bakar pada pukul 3 pagi.

Difahamkan, ketika serbuan kesemua warga tempatan itu sedang berhibur dengan diiringi muzik kuat dengan sebahagian sedang `bermesra’ dengan  pasangan masing-masing.

Sumber berkata, siasatan mendapati rumah itu disewa  oleh salah seorang yang ditahan  dengan harga RM400 sehari.

“Kesemua yang ditahan  mengaku inap desa itu untuk dijadikan sebagai lokasi parti liar susulan pusat hiburan belum beroperasi,” kata sumber itu.

Sumber memberitahu, enam lelaki yang ditahan ada membabitkan pelajar Institut Kemahiran Mara, pekerja kilang, nelayan dan penghantar barang manakala semua wanita adalah  pekerja kedai makan.

Saringan ujian air kencing mendapati kesemua  positif dadah jenis amphetamin dan mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu, kata sumber, kesemua mereka juga dikompaun kerana melanggar peraturan PKP 3.0.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarulzaman Mamat  mengesahkan serbuan dan tangkapan.

“Saya ingatkan kepada orang ramai agar tidak terjebak  kegaiatan menyalahi undang-undang termasuk melanggar SOP PKP  kerajaan,”tegas Kamarulzaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN