Wanita maut basikal bergesel treler - Utusan Malaysia

Wanita maut basikal bergesel treler

WANITA maut setelah basikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler di Slim River hari ini. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang penunggang basikal terbunuh setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer 104, Jalan Persekutuan dekat Slim River di sini hari ini.

Nahas pada pukul 8.10 pagi berhampiran lampu isyarat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River itu mengakibatkan mangsa, A. Rajamah, 58, parah dan maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Azizan Hassan berkata, ketika kejadian, wanita tersebut dalam perjalanan dari Behrang menuju ke Sungkai sebelum sebuah treler dari arah belakang bergesel dengan basikal mangsa.

Katanya, ketika kejadian kenderaan berat itu hendak masuk ke simpang kiri jalan.

“Ketika hendak masuk ke simpang kiri jalan, treler berkenaan telah bergesel dengan basikal mangsa menyebabkan wanita itu terjatuh di atas jalan.

“Mangsa yang parah maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat,” katanya di sini.

Menurut beliau, pemandu treler itu tidak memberhentikan kenderaan di lokasi nahas sebaliknya meneruskan perjalanan ke sebuah kilang wawit di Besout.

Katanya, operasi mengesan lelaki berusia 39 tahun itu segera dijalankan dan dia ditahan di kilang sawit tersebut untuk siasatan lanjut.

“Rakaman percakapan lelaki itu telah diambil selain beberapa saksi yang melihat kejadian tersebut telah dikenal pasti bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya