'UMNO banyak kali lontar idea kepada kerajaan, sebahagian besar tidak dilayan' - Utusan Malaysia

‘UMNO banyak kali lontar idea kepada kerajaan, sebahagian besar tidak dilayan’

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO telah banyak kali melontarkan pelbagai idea kepada kerajaan, namun sebahagian besarnya tidak dilayan walaupun secara jelas dapat memberi manfaat kepada rakyat serta negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, justeru pihaknya menepis dakwaan konon pimpinan UMNO yang tidak berada di dalam kerajaan hanya tahu merungut dan mengkritik.

“Sebenarnya sudah banyak cadangan, pandangan dan lontaran idea dikemukakan oleh pemimpin UMNO selama ini. Tetapi sebahagian besar tidak dilayan walaupun jelas dapat memanfaatkan rakyat dan negara,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berharap kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap 25 cadangan dikemukakan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada kerajaan supaya negara dapat memerangi pandemik Covid-19 dengan tepat dan efektif.

Katanya, jangan berasa terlalu susah hati untuk melaksanakannya walaupun ia datang daripada Ahli Parlimen UMNO.

“Yang penting nasib rakyat dapat dilindungi dan negara dapat diselamatkan segera,” katanya.

Semalam Ahmad merangkap Setiausaha Agung UMNO diberikan peluang berbahas dalam Sidang Khas Dewan Rakyat dan beliau mengemukakan 25 cadangan dengan salah satu daripadanya perkhidmatan doktor kontrak mestilah ditukar kepada tetap dengan kadar segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya