“Surat ini tanda peduli saya kepada bangsa dan negara” -Surat terbuka Didi Riyadi buat Presiden Joko Widodo - Utusan Malaysia

“Surat ini tanda peduli saya kepada bangsa dan negara” -Surat terbuka Didi Riyadi buat Presiden Joko Widodo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon terkenal Indonesia, Didi Riyadi, menulis surat terbuka kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo, berkaitan keadaan negara itu yang kini dalam Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) darurat.

Menerusi entri Instagram, surat terbuka yang dikongsinya itu dengan harapan dapat disampaikan dan didengari oleh pihak istana dan pemerintah tentang luahan isi hatinya sebagai rakyat negara berkenaan.

Dalam surat terbuka tersebut, pelakon itu tidak bersetuju dengan pelaksanaan Wacana Perpanjangan PPKM Darurat yang berpanjangan ekoran sektor perniagaan dilihat semakin terkesan dan telah banyak gulung tikar.

“Surat terbuka ini tanda keperihatinan dan peduli saya kepada bangsa dan negara, harap sampai serta didengari oleh istana serta pemerintah.

“Saya berterima kasih kepada presiden dan barisan pemerintah dalam menangani situasi serta keadaan yang tidak mudah ini. Tanpa mengurangi rasa hormat, izinkan saya menyampaikan pendapat berkaitan PPKM Darurat.

“Saya sebagai salah seorang rakyat juga terkena tempias dari awal wabak. Sejak awal pandemik sehingga kini, banyak peniaga yang gulung tikar, karyawan, seniman serta pemuzik tidak lagi dapat membuat persembahan.

“PPKM darurat yang berpanjangan tidak akan dapat selesaikan wabak, ia seperti buah simalakama, mati kerana wabak atau mari kerana kelaparan,” coretnya dalam surat terbuka itu.

Dalam pada itu, Didi turut mengusulkan beberapa perkara seperti menilai semula pelaksanaan PPKM yang dakwanya masih tidak nampak kesan yang ketara dalam meredakan kes harian Covid-19.

“Mohon pertimbangkan mengevaluasi (menilai) strategi dasar antara agensi. Sosialisasi dan pendidikan besar-besaran tentangan pengendalian yang terdedah Covid-19 serta cara hidup sihat untuk melawan virus tersebut.

“Selain itu, pemerintah juga bukan sahaja perlu mengenal pasti mereka yang terdedah kepada Covid-19, tetapi juga mengenal pasti mereka yang dijangkiti itu dengan menggunakan alat ukur yang tepat,” usulnya dalam surat itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya