KUANTAN: Sedih memikirkan nasib golongan terkesan akibat Covid-19, sepasang suami isteri dari Indera Mahkota di sini melaksanakan inisiatif dengan mengedar 300 hingga 600 pek makanan percuma kepada mereka yang memerlukan. Menurut Mohd. Hafizi CM Hatta, 33, inisiatif tersebut lahir apabila pernah didatangi penduduk setempat yang merintih ekoran terputus sumber makanan. Katanya, program dilakukan bersama isterinya, Nor Syakila Azimi, 36, ternyata memberi kepuasan kepada mereka berdua walaupun terpaksa menyediakan makanan tersebut…










