“Saya tiada masa berpolitik”- KJ - Utusan Malaysia

“Saya tiada masa berpolitik”- KJ

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG :  “Saya tiada masa berpolitik!” 

Itu komen Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika diminta mengulas mengenai politik dalaman UMNO yang sekali lagi dilanda kemelut.

Sejurus memberi jawapan itu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berlalu meninggalkan media yang tertanya-tanya pendirian beliau.

Terdahulu, Khaiy  mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin industri (PPVIN) KLIA bagi kakitangan sektor pengangkutan udara di sini hari ini.

Semalam, sebahagian ahli Parlimen UMNO menolak gesaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya keluar daripada kerajaan PN kerana menyifatkan sekarang bukan masa sesuai berpolitik, sebaliknya usaha menangani pandemik Covid-19 lebih utama.

Utusan Malaysia difahamkan, penolakan itu disuarakan seorang pemimpin kanan parti setelah ahli-ahli parlimen terbabit dipanggil bersemuka dengan Ahmad Zahid di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

UMNO sebelum itu juga pernah mengingatkan parti akan keluar daripada PN pada 1 Ogos ini dengan mendakwa keputusan tersebut telah dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini.

Sedangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO  ketetapan dibuat ialah tiada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan kebersamaan dalam Kerajaan PN diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN