PUTRAJAYA: Peningkatan kes Covid-19 dengan 13,215 kes, semalam sekali gus memecah rekod tertinggi sejak pandemik melanda setelah pelbagai langkah diambil seperti pengisytiharan darurat dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan menyeluruh atau total lockdown menyebabkan rakyat di seluruh negara buntu. Peningkatan jangkitan harian kini membingungkan rakyat yang sudah melalui tempoh ‘berkurung’ sejak lebih enam bulan lalu menerusi Proklamasi Darurat selain terpaksa melalui sekatan pergerakan penuh dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Sebelum…










