PETALING JAYA: Jangan berkumpul atau cuba rentas daerah dan negeri semata-mata untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Malah, kebenaran rentas negeri dan daerah masih tertakluk kepada dua alasan iaitu kematian dan kecemasan termasuk atas tujuan membawa ibu bapa mendapatkan suntikan vaksin. Itu peringatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap rakyat Malaysia susulan terdapat perantau cuba pulang ke kampung menjelang sambutan Aidiladha pada Selasa ini. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam…










