PKPD Seremban: Polis tambah enam SJR - Utusan Malaysia

PKPD Seremban: Polis tambah enam SJR

MOHAMAD MAT YUSOP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Enam sekatan jalan raya (SJR) ditambah di daerah ini susulan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Seremban yang bermula hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, tambahan itu menjadikan terdapat 14 SJR di daerah ini selain beberapa jalan dan ‘lorong tikus’ yang bersempadan dengan negeri Selangor turut ditutup.

“Saya melihat pada hari pertama ini keadaannya lancar dan pihak polis telah mendirikan khemah tambahan termasuk di beberapa laluan tikus yang ditutup di kawasan Nilai dan Seremban. 

“Bagi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban terdapat dua tambahan SJR manakala IPD Nilai empat tambahan SJR. Ada beberapa jalan yang ditutup iaitu di Lenggeng yang terletak di sempadan Negeri Sembilan dan Selangor,” kata beliau selepas mengiringi Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz yang mencemar duli melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) Mega Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai hari ini.

Sementara itu, Mohamad berkata, terdapat dua buah kilang yang dikenakan kompaun dalam Op Patuh yang dilaksanakan hari ini.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN