PETALING JAYA: Polis mengesan sindiket memanipulasi Program Vaksinasi Covid-19 Selangor (SCVP) dan aplikasi MySejahtera untuk mengaut keuntungan cara mudah. Itu modus operandi segelintir individu menerusi sindiket yang menyamar sebagai ‘orang tengah’ bagi mendapatkan slot janji temu vaksinasi dengan kadar bayaran tertentu. Walhal melalui program ini, pihak kerajaan negeri akan membuka tawaran tersebut kepada orang ramai untuk mendapatkan vaksinasi dengan bayaran RM380. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial…










