Muhyiddin perlu berundur secara terhormat - UMNOsiswa - Utusan Malaysia

Muhyiddin perlu berundur secara terhormat – UMNOsiswa

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Peletakan Jawatan Perdana Menteri sepatutnya berlaku dan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berundur secara terhormat”.

Demikian reaksi Presiden UMNOsiswa, Ahmad Al Mubarak Mohamed Kunyi ketika ditanya tindakan UMNO yang mengesahkan menarik sokongan UMNO dalam Kerajaan Perikatan Nasioanal (PN). 

Menurut beliau,  dalam keadaan sekarang, semua pihak mahu melihat kestabilan politik dan seterusnya mempunyai langkah khas mengakhiri pandemik Covid-19.

“Sehingga sekarang tiadanya perancangan aktif dalam soal memerangi pandemik Covid-19. Rakyat semakin resah dengan situasi kesihatan. 

“UMNOsiswa menyokong penuh keputusan pimpinan parti selagi mana tidak melanggar prinsip  dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 mahupun prinsip yang sememangnya menjadi prinsip dan dasar UMNO. Ini bukan soal menyokong sosok tubuh seorang pemimpin itu. 

 “Selagi perkara itu tidak bercanggah dan tidak melanggar prinsip yangditetapkan serta dasar yang dibuat dalam perhimpunan iaitu No Anwar, No Dap dan No PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), maka kita menyokong,” kata beliau. 

Terdahulu, akhbar-akhbar dan portal-portal melaporkan, UMNO menarik balik sokongan kepada Muhyiddin serta-merta selepas Perdana Menteri itu didakwa gagal memenuhi segala garis panduan dikemukakan  pada 11 Mac lalu.

Susulan itu UMNO dalam kenyataan  mendesak Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik bagi tempoh terhad.

Menurut Ahmad Al Mubarak, keputusan dibuat kepimipinan tertinggi parti malam tadi adalah keputusan terbaik buat kelangsungan perjuangan UMNO sendiri apabila mengambil kira banyak faktor  yang ditekankan oleh kepimpinan. 

 “Daripada apa yang ditekankan, UMNO membuat keputusan atas beberapa sebab yang meliputi tujuh sebab. Maka dengan sebab-sebab itu yang juga antara prasayarat yang diberikan oleh UMNO ketika penubuhan kerajaan PN (untuk menarik sokongan),” katanya.  

Tambah beliau, keputusan yang dibuat itu juga menunjukkan perkara yang sememangnya mahu dilihat oleh akar umbi dan bukannya menunjukkan soal perkara kepimpinan mahu. 

“Menyokong keputusan juga bukan soal teguh bersama sesiapa, tetapi sebagai mahasiswa UMNO yang berada sebagai salah satu ahli akar umbi,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya