Meranti temak nipis ganti Musang King dimusnahkan - Utusan Malaysia

Meranti temak nipis ganti Musang King dimusnahkan

Kerajaan Pahang dijangka menggantikan pokok hutan segera selepas kerja-kerja memusnahkan Musang King selesai minggu depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Kerajaan negeri dijangka  menanam pokok hutan antaranya membabitkan spesies meranti temak nipis di kawasan seluas 101 hektar menggantikan  kira-kira11,000 pokok durian Musang King yang dimusnahkan.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad berkata, melihat kerja-kerja memusnahkan pokok durian di Hutan Simpan Kekal Batu Talam di sini  telah melebihi 85 hektar sehingga  semalam.

Menurutt beliau, kerja-kerja menebang pokok raja buah itu dijangka siap minggu depan berbandiung dijadual pada 3 Ogos depan.

“Aktiviti menebang berjalan lancar pada Selasa lalu terutama selepas kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang mengawal kawasan Hutan Simpan Batu Talam termasuk mengadakan dua sekatan jalan raya (SJR) di laluan masuk ke hutan simpan berkenaan.

“Selepas aktiviti menebang selesai sepenuhnya kerja menanam pokok hutan akan dilakukan segera yang mana beberapa spesies pokok hutan sudah dikenal pasti seperti meranti temak nipis,”katanya di sini, hari ini.

Operasi memusnahkan pokok durian Musang King di kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam  dimulakan pada 3 Julai lalu yang dijangka berakhir 2 Ogos depan.

Menurut Nor Azirim, kehadiran lebih ramai penebang terdiri daripada kakitangan JPNP dari setiap daerah di negeri ini melancarkan kerja memusnahkan pokok durian.

Beliau memberitahu, hampir 100 kakitangan JPNP menyertai Operasi Pamah dibantu anggota Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) yang menjalankan kerja menebang secara berterusan menggunakan mesin gergaji berantai.

“Faktor hujan pada sebelah petang selain angin kencang turut menjejaskan kelancaran aktiviti menebang yang jadual asal mengambil masa sebulan untuk siapkan,”ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya