Memang kalau benda negatif saya sekat, termasuk Caprice - Utusan Malaysia

Memang kalau benda negatif saya sekat, termasuk Caprice

GAMBAR kenangan Ebit Lew bersama bapanya yang dikongsi dalam laman media sosial pendakwah itu, baru-baru ini. - FB EBIT LEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sesiapa sahaja termasuk penyanyi rap terkenal, Caprice akan disekat jika didapati wujud perkara kurang menyenangkan dalam setiap pautan atau kiriman di media sosial.

Pendakwah terkenal, Ebit Liew menjelaskan, tindakannya menyekat penyanyi lagu Koyak itu kerana ia bersangkut paut dengan arwah bapanya, Ibrahim Liew yang sedang nazak sebelum ini.

Ini ditambah pula dengan teguran Caprice terhadap Ebit Liew kerana menziarahi arwah bapanya yang sedang sakit ketika orang lain tidak berpeluang berjumpa keluarga sehingga ada yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

“Bila sampai dekat Kuala Lumpur dari Mesir, saya minta kebenaran Kementerian Kesihatan untuk melawat ayah saya. Bapa saya negatif, saya pun negatif. Dua kali saya buat ujian negatif dan saya dapat kebenaran. Saya juga perlu pakai pakaian perlindungan peribadi (PPE).

“Ayah saya bukan sakit, ayah saya nazak nak pergi dah. Kalau benda tu tidak sah, Kementerian pun tidak akan kongsi (kiriman saya di media sosial). Tapi kementerian siap kongsi dan doakan ayah saya sihat.

“Selain itu, saya kalau benda negatif saya sekat. Bukan sikit punya negatif. Biar saya bagi tahu, bapa saya tengah sakit, doktor kata tinggal 10 hari. Sepanjang dekat Gaza saya berdebar fikirkan pasal ayah saya tapi saya teruskan perjuangan saya di Gaza,” katanya dalam siaran langsung di Instagramnya hari ini.

Siaran tersebut mendapat jumlah tontonan lebih 300,000 sejak lebih sejak bersiaran sejak pukul 12 tengahari tadi.

Ebit Liew berkata demikian menjelaskan kirimannya di media sosial sebelum ini mengenai lawatan semasa menjenguk keadaan arwah bapanya yang mengundang rasa kurang senang Caprice sehingga mendorong penyanyi itu menegurnya di Whatsapp dengan mesej yang panjang.

Katanya lagi, tindakan Caprice yang memanjangkan dan mengadukan perkara tersebut kepada kerajaan mengundang kemarahan kerana menyebabkan Ebit Liew terpaksa disoal siasat.

“Dia forward benda itu kepada kerajaan Malaysia, saya pun dah kena tanya dan saya sedang disoal siasat. Saya sudah penat guna duit sendiri (membantu), saya tidak minta duit orang, cuma minta tolong dan alhamdulillah.

“Tetapi, tiba-tiba saya disoal siasat pula. Bila disiasat, bagi saya melampau dan sangat sedih. Tapi sebagai sahabat, Caprice boleh marah macam itu. Tetapi, luka hati saya. Saya pun manusia biasa. Saya ambil phone lontar ke tepi sebab saya sedih,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya