fbpx

22 September 2021, 4:47 am

  TERKINI

Mekanik mahu jual bengkel ditemukan mati 

KEADAAN mekanik yang ditemukan mati menggantung diri di dalam bengkelnya di Bagan Serai semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seorang mekanik motosikal ditemukan mati menggantung diri dalam bengkelnya di Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, mayat Tan Hock Bean, 60, ditemukan isteri dan anaknya setelah mangsa tidak pulang ke rumah seperti biasa di Taman Sinar, dekat sini.

Katanya, sebaik sahaja dua beranak itu tiba di tempat kejadian, mereka mendapati pintu besi hadapan bengkel terbuka dan dengan jelas melihat mangsa dalam keadaan tergantung.

“Polis menerima aduan mengenai kejadian ini pada pukul 9.40 malam. Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menggantung diri menggunakan tali nilon yang dililit pada besi pencakuk kipas siling pada alang kayu bengkel.

“Mangsa dipercayai menggunakan sebuah kerusi bulat untuk memanjat semasa melilit tali pada besi pencakuk kipas.

“Polis menemukan barang peribadi mangsa seperti dompet berisi wang tunai, MyKad, kad bank, telefon bimbit, kunci motosikal dan kunci bengkel,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, siasatan mendapati tiada berlaku sebarang unsur jenayah di tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

Sementara itu, difahamkan kejadian berlaku setelah mangsa mahu menjual bengkelnya kepada seorang pembeli. – UTUSAN ONLINE 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI