Masih jual air kelapa pada usia 81 tahun - Utusan Malaysia

Masih jual air kelapa pada usia 81 tahun

KASIM Md. Yusof masih gigih menjual air kelapa muda sebagai pendapatan tambahan di Jalan Parit Mesjid,Pontian, di Johor. -UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Walaupun sudah lanjut usia, seorang warga emas masih gigih menjalankan perniagaan menjual air kelapa muda di Jalan Parit Mesjid, di sini setiap hari bagi mencari pendapatan tambahan.

Kasim Md. Yusof, 81, bersama isterinya, Sharifah Sahabudin, 69, adalah antara peniaga  jalanan di sepanjang jalan itu yang menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan buah-buahan.

Katanya, meskipun mempunyai pencen bulanan kira-kira RM1,000,  ia masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian dan keperluan-keperluan lain keluarganya ketika ini.

“Pak cik pernah bekerja sebagai pekerja am di Jabatan Penerangan Kuala Lumpur sebelum bersara pada 1996 dan ke Pontian sekitar tahun 2000,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini semalam.

Menurut Kasim atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Kasim,  dia dan isterinya menjual air kelapa muda di lokasi yang berjarak kira-kira dua kilometer dari rumahnya di Taman Bunga Raya setelah dihantar pembekal setiap hari, kecuali hujan atau kurang sihat.

Katanya, jualan air kelapa muda ketika ini banyak saingan dan dia sendiri hanya mampu menjual antara 30 hingga 50 biji sehari dengan pendapatan harian bergantung kepada jualan.

“Saya menjual sebungkus RM2 manakala bagi sebiji pula RM3.50 dengan purata pendapatan harian kira-kira RM50. Pernah juga hanya dapat RM20 sehari semasa kekurangan pelanggan,” katanya.

Mengenai jenis kelapa muda yang dijual, warga emas itu memberitahu, terdapat pelbagai varieti dihantar pembekal seperti kelapa mataq dan pandan. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya