Lelaki maut terjun dari tingkat 8 hospital  - Utusan Malaysia

Lelaki maut terjun dari tingkat 8 hospital 

GAMBAR tular mangsa yang maut selepas terjun daripada tingkat lapan bangunan hospital di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang lelaki berusia 55 tahun bertekad memecahkan tingkap tandas sebelum terjun dari tingkat lapan Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, di sini, pada pukul 3.45 petang  ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, mangsa sebelum itu memberitahu kakitangan bertugas untuk ke tandas sebelum bertindak mengunci dirinya dalam tandas berkenaan.

“Polis menerima makluman daripada anggota bertugas pondok hospital menyatakan ada seorang lelaki telah terjun dari tingkap bilik air wad 8B.

“Mangsa telah masuk Isnin lalu kerana menghidap masalah ulser usus dan telah menjalani pembedahan pada hari yang sama.

“Hari ini mangsa meminta keluar wad dan telah dibenarkan keluar pada sebelah petang. Sementara menunggu proses keluar wad mangsa beritahu hendak pergi ke tandas.

“Mangsa telah terjun dan disahkan meninggal dunia di tempat  kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hang Seng berkata, mangsa bukan pesakit Covid-19 dan punca sama ada dia mengalami masalah peribadi hingga nekad terjun masih dalam siasatan pihaknya.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat telah dibawa ke unit forensik hospital sama.

“Permintaan bedah siasat telah dikeluarkan kepada pegawai perubatan untuk tentukan sebab kematian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.