KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) goyah selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan. Kegagalan kerajaan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika membatalkan Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu mengundang krisis yang tidak pernah berlaku sebelum ini berikutan membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Negara seperti…










