Tiada perancangan menghadap Agong petang ini - Utusan Malaysia

Tiada perancangan menghadap Agong petang ini

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

* Tajuk artikel ini telah dikemas kini bagi mengelak kekeliruan.

PETALING JAYA: Buat masa ini tiada perancangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini.

Perkara itu ditegaskan sumber kerajaan kepada Utusan Malaysia.

Kenyataan itu sekali gus menafikan laporan sebuah portal pada sebelah pagi yang mendakwa Muhyiddin akan menghadap Agong dipercayai bagi memohon perkenan melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Terdahulu satu sumber memaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi setakat ini tiada perancangan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Tiada dalam perancangan untuk presiden menghadap Agong hari ini.” jelas sumber ringkas.

Awal pagi tadi, Ahmad Zahid mengumumkan parti itu menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Susulan itu, beliau mendesak Muhyiddin berundur daripada jawatan Perdana Menteri secara terhormat setelah kepemimpinan Presiden Bersatu itu gagal menguruskan negara yang dilanda pandemik Covid-19 serta menjaga kebajikan rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya