Bukan saya mengelak media, tapi dilarang bercakap - Fiza Elite - Utusan Malaysia

Bukan saya mengelak media, tapi dilarang bercakap – Fiza Elite

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim, 40, mengaku tidak berniat untuk melarikan diri daripada pihak media yang cuba mendapatkan kenyataannya berhubung isu tohmahan bekas adik ipar mengenai dirinya baru-baru ini.

Menurut Fiza, dia sebaliknya telah dilarang untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa setelah membuat laporan polis Rabu lalu mengenai perkara tersebut.

“Minta maaf,saya tak dibenarkan memberi apa-apa kenyataan berhubung perkara berbangkit dan tular baru-baru ini.

“Bukan nak mengelak media atau apa, tapi memang sudah dimaklumkan supaya pihak polis jalankan siasatan terlebih dahulu.

“Dalam minggu depan insya-Allah saya akan mendapat keputusan hasil siasatan,” katanya.

Difahamkan, Fiza telah membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara pada 7Julai lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Selain itu kes tersebut juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Baru-baru ini, muncul satu pendedahan daripada seorang wanita yang mendakwa bekas adik iparnya di media sosial mengenai punca sebenar perceraian Fiza dengan bekas suaminya, Aizat Al Jefri.

Antara yang didedahkan oleh wanita tersebut termasuk Fiza menjalin hubungan dengan Aizat ketika dia masih bergelar isteri orang, kaki kikis, tidak menghormati keluarga mentuanya serta beberapa tuduhan lain yang berkait.

Untuk rekod, sebelum Aizat, Fiza pernah mendirikan rumah tangga sebanyam dua kali dengan yang pertamanya bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin dan dikurniakan dua aanak perempuan iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Fiza dan Ahmed Farriq bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Perkahwinan kedua Fiza pula menyaksikan kegagalan rumah tangganya dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam yang berakhir pada September 2013.

Bertemu jodoh dengan Aizat yang merupakan duda beranak dua, hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Baby Aleena yang kini berusia tiga tahun.

Fiza dan Aizat bercerai pada Julai tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN