ALOR SETAR: Seorang usahawan syarikat bas ekspres dan pelancongan mengambil inisiatif mengubah suai bas syarikatnya kepada bank makanan bagi manfaat golongan memerlukan yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengarah Urusan Bintong Express & Holidays Sdn. Bhd., Zambri Mat, 42, berkata, bas tersebut yang diubah suai akan ditempatkan selama sebulan di Taman Budiman di sini. Menurut Zambri, pihaknya akan menyediakan kemudahan tersebut setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 7 petang. “Sesiapa yang hendak menyumbang, boleh meletakkan barangan di sini manakala siapa yang memerlukan, boleh datang dan mengambil barangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya