Apartment Sri Rakyat antara 2 lokaliti kena PKPD - Utusan Malaysia

Apartment Sri Rakyat antara 2 lokaliti kena PKPD

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Apartment Sri Rakyat, Bandar Bukit Jalil, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula lusa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini, sebanyak 94 kes positif Covid-19 sudah pun direkodkan hasil saringan ke atas 598 penghuni di kawasan tersebut. 

Turut sama dikenakan PKPD selama 14 hari sehingga 24 Julai ialah penduduk Blok 11 dan Blok 12 di Lorong 4, Taman Nuri, Bahagian Sandakan, Sabah.

“Sementara itu PKPD melibatkan kawasan Jalan Kubur, Pantai Dalam di ibu negara  disambung lagi kerana kes masih menular dengan 258 penduduk disahkan positif wabak berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan memaklumkan,  PKPD membabitkan Kampung Segambut Dalam di ibu kota pula ditamatkan seperti dijadualkan pada hari ini.

Begitu juga, kata Ismail Sabri, lima lokaliti berbeza di sekitar Sabah turut berakhir PKPD esok antaranya di Penjara Tawau dan kuartersnya, dua lokaliti di Bahagian Tawau iaitu Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Kampung Baru Pasir Putih.

Baki dua lokaliti pula kata beliau, terletak di Bahagian Sandakan iaitu melibatkan perumahan Lorong 12, 15 dan 16, Taman Fajar serta Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN