7,000 biji ketupat dijual tak sampai 24 jam - Utusan Malaysia

7,000 biji ketupat dijual tak sampai 24 jam

MOHD. YUSRI Mahat melihat ketupat bawang yang sudah dimasak di Kampung Padang, Pokok Mangga, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 7,000 biji ketupat bawang Sri Ayu di Kampung Padang, Pokok Mangga dekat sini habis dijual tidak sampai 24 jam menjelang Hari Raya Aidiladha, semalam.

Pengusahanya, Mohd. Yusri Mahat, 49, berkata, kira-kira 3,000 biji adalah tempahan pelanggan menerusi aplikasi WhatsApp dan selebihnya dijual di kedainya.

Mengakui hasil jualan sedikit menurun berbanding Hari Raya Aidilfitri lalu, katanya, dia mula menjual ketupat itu sejak tengah malam kelmarin.

“Sewaktu Hari Raya Aidilfitri Mei lalu, saya menjual sebanyak 10,000 biji tetapi untuk Aidiladha sambutan kurang sedikit.

“Biasanya setiap kali Aidiladha, saya boleh jual sehingga 9,000 biji tetapi kali ini hanya 7,000 biji. Seikat ketupat iaitu sebanyak 10 biji dijual pada harga RM13.

“Banyak pelanggan sudah mengenali ketupat Sri Ayu kerana sudah berniaga sejak 15 tahun lalu. Saya hanya berniaga ketika sambutan Aidilfitri dan Aidildaha,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Mohd. Yusri menambah, dia mula menyiapkan makanan tradisi itu menggunakan sebanyak 28 kilogram beras sejak seminggu lalu dibantu isteri dan tiga anaknya.

“Daun ketupat pula saya sudah tempah lama, 7,000 biji yang berjaya disiapkan. Jumlah ini adalah atas permintaan yang saya terima sejak awal bulan ini,” ujarnya.

Selain ketupat, dia turut menjual rendang ayam, rendang daging dan sambal kacang. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya