56 premis langgar SOP diarah tutup - Utusan Malaysia

56 premis langgar SOP diarah tutup

Pasukan khas mengawasi SOP tempat kerja akan meneruskan pemeriksaan bagi mengekang penularan kes Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah premis yang diarah tutup oleh Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dalam pemeriksaan di seluruh negara semalam kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) adalah 56 kes iaitu sama dengan kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 56 buah premis tersebut  meliputi kilang, premis perniagaan, tapak pembinaan.

“Pasukan itu semalam melaksanakan pemeriksaan ke atas 2,568 kilang selain 16,960 premis perniagaan, 900 tapak pembinaan dan 379 asrama pekerja,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau yang juga  Menteri Pertahanan berkata, pasukan itu akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas kilang dan premis perniagaan kerana didapati banyak berlaku pelanggaran SOP.

Dalam pada itu, kata beliau, seramai 10 pendatang asing tanpa izin ditahan dengan 12 kenderaan darat disita melalui Operasi Benteng mencegah kemasukan warga asing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN