41 kompaun nilai RM338,000 dikeluarkan polis Selangor - Utusan Malaysia

41 kompaun nilai RM338,000 dikeluarkan polis Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 41 kompaun berjumlah RM338,000 dikeluarkan terhadap majikan dan pekerja yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dalam tempoh tiga hari sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam kenyataan  berkata, 374 pemeriksaan dilakukan di  premis perniagaan dan perkilangan menerusi Op Patuh Bersepadu.

Turut serta dalam operasi itu  penguat kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menurut beliau, sebanyak 19 kilang dan 13 premis perniagaan masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 manakala sembilan lagi individu dan pekerja dikenakan kompaun RM2,000.

“Antara kesalahan utama ialah empat kes beroperasi tanpa surat kebenaran MITI dan bukan kategori perkhidmatan perlu.

“Dua pula beroperasi melebihi had pekerja dibenarkan 60 peratus dan lima kes pula kegagalan mendaftar senarai pekerja kepada MITI dan tiada nama dalam senarai MITI,” katanya.

Menurut Baharudin, operasi itu turut mendapati terdapat tujuh kesalahan kegagalan menyediakan laluan keluar masuk serta gagal memastikan pekerja mengimbas aplikasi MySejahtera dan membenarkan pekerja makan di kantin kilang (1).

Semua kes diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sebanyak 38 kawasan dalam lapan daerah di Selangor dan 14 kawasan di Kuala Lumpur dikenakan PKPD selama 14 hari sehingga 16 Julai ini berikutan kes harian Covid-19 yang membimbangkan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN