35 kenderaan cuba masuk Kelantan diarah patah balik - Utusan Malaysia

35 kenderaan cuba masuk Kelantan diarah patah balik

MIOR Faridalathrash Wahid. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 35 buah kenderaan di arah berpatah balik ketika pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) di dua lokasi di Gerik hari ini.

Kesemua kenderaan itu dipercayai mencuba nasib memasuki Kelantan diarah berbuat demikian selepas dikesan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran.  

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, daripada jumlah itu, 19 buah kenderaan di arah berpatah balik di SJR Kilometer 89 Jalan Gerik-Kuala Kangsar manakala 16 buah kenderaan lagi di Kilometer 9 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Sungai Lebey.

Katanya, pergerakan kenderaan itu direkodkan sehingga pukul 4 petang tadi.

“Daripada 35 buah kenderaan  diarah berpatah balik itu, 27 buah kenderaan memiliki surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) namun bukan berkaitan sektor perlu iaitu makanan dan bahan api.

“Bertindak atas arahan Ketua Polis Negara yang pergerakan menggunakan surat MITI tidak dibenarkan bermula hari ini hingga Rabu depan, kenderaan yang terlibat diarah berpatah balik,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan pemantauan di SJR sempadan negeri, jumlah kenderaan di jalan raya hari ini berkurangan sebanyak 30 peratus berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, masih terdapat pergerakan rentas daerah dan negeri membabitkan pasangan jarak jauh (PJJ) dan urusan temu janji penerimaan vaksin. 

“Pergerakan kenderaan membabitkan PJJ itu adalah melibatkan negeri-negeri yang berada dalam Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menerusi laporan media memaklumkan, orang ramai dilarang merentas negeri dengan menggunakan surat kebenaran MITI bermula hari ini hingga Rabu depan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN