22,243 staf sektor pengangkutan udara terima vaksin  - Utusan Malaysia

22,243 staf sektor pengangkutan udara terima vaksin 

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seramai 22,243 pekerja sektor pengangkutan udara akan mula menerima suntikan vaksin dalam program pemberian vaksin dengan pelancaran pembukaan pusat pemberian vaksinasi industri (PPVIN) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, melalui program ini, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bekerjasama dengan syarikat industri penerbangan Airlines Berhad seperti Malindo, syarikat pengendalian darat AeroDarat, Airline Operators Committee (AOC) dan pekerja kargo. 

“Program vaksinasi bermula hari ini (semalam) sehingga 24 September depan di Anjung Tinjau, Terminal 1, KLIA dan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin sehingga Jumaat,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. 

Menurut beliau,  PPVIN KLIA dibuka bertujuan mempermudahkan dan mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). 

Sementara itu, Ka Siong berkata, bagi sektor pengangkutan darat beberapa PPV turut akan dibuka di beberapa lokasi di seluruh negara bagi memastikan 19,259 petugas rel dan pemandu bas dapat diberikan vaksinasi dalam masa terdekat. 

Selain itu, katanya, MOT bersama Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) sedang menyelaraskan program vaksinasi kepada pemandu teksi, e-hailing, pemandu bas dan petugas penghantar barangan (p-hailing). 

“Ia membabitkan jumlah keseluruhan dianggarkan 355,064 orang di seluruh negara. 

“Program ini akan dilaksanakan di bawah pusat pemberian vaksin awam dan kerajaan akan menanggung keseluruhan kos tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN