2,000 penduduk Kemaman nikmati jaringan telekomunikasi lebih baik - Utusan Malaysia

2,000 penduduk Kemaman nikmati jaringan telekomunikasi lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA : Lebih 2,000 penduduk di Kemaman, Terengganu kini boleh menikmati jaringan telekomunikasi 4G yang lebih baik selepas dua menara komunikasi baharu dibina di dua lokasi iaitu di Kampung Pengkalan Rangoon dan Kampung Pondok Pasir.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam satu kenyataan berkata, dua menara telekomunikasi tersebut sudah beroperasi sepenuhnya pada bulan lalu.

“Selain itu, projek talian tetap gentian optik di kawasan Kemaman juga sedang giat dilaksanakan melibatkan 8,928 premis,” katanya hari ini.

Menurut SKMM, peluasan rangkaian gentian optik dan pembinaan menara-menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara itu memberi manfaat kepada lebih 2,000 penduduk di kawasan-kawasan tersebut.

“Melalui usaha-usaha yang diambil itu, penduduk kini dapat melaksanakan pelbagai aktiviti seharian seperti tujuan pembelajaran, bekerja dari rumah, perhubungan mahupun aktiviti ekonomi dalam talian dengan lancar,” katanya.

Jelas SKMM, sehingga kini, sebanyak 6,091 premis baharu telah mendapat jaringan gentian optik berkelajuan tinggi manakala baki 2,837 akan siap menjelang suku keempat tahun hadapan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN