KUALA LUMPUR: Krisis Perlembagaan tidak berlaku walaupun jika Yang di-Pertuan Agong menetapkan tarikh persidangan Parlimen. Penganalisis politik bebas, Arif Anwar Lokmanol Hakim berkata, Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai sepanjang tempoh darurat kerana Seri Paduka bertindak di bawah Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu 2021. Ordinan Darurat itu menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka. “Jika Agong sudah meminta untuk membuka…










