IPOH: Niat asal membantu warga emas membeli barangan keperluan asas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu akhirnya mendorong sepasang suami isteri membuka perniagaan perkhidmatan penghantaran barang ke rumah atau runner. Norizmir Izuan Omar Ali, 35, berkata, ketika PKP pertama tahun lalu, ada penduduk terutama warga emas terputus bekalan makanan dan mereka sukar ke kedai. Katanya, keadaan itu menyebabkan ada antara anak warga emas meminta dia membelikan barangan keperluan harian…