SOP ibadah korban di Negeri Sembilan diputuskan minggu depan - Utusan Malaysia

SOP ibadah korban di Negeri Sembilan diputuskan minggu depan

SEORANG penternak di Mambau, Seremban, Mohd. Faidzul Mohamad Noh, 39, menunjukkan lembu ternakannya yang sudah mula menerima tempahan daripada orang perseorangan, serta masjid dan surau untuk ibadah korban sempena Aidiladha depan depan. - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan ibadah korban di Negeri Sembilan sempena Aidiladha pada tahun ini dijangka dikeluarkan  minggu depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, SOP itu tersebut sudah disedia namun ia diperincikan semula dan kemudian dibawa kepada perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dalam masa terdekat.

Jelas beliau, perincian semula itu termasuk mengambil kira SOP yang diputuskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan  masalah termasuk kekangan di pusat sembelihan.

“Kita telah menyediakan SOP dan juga melihat SOP di peringkat kebangsaan, sekarang telah diperincikan semula dan akan dibawa kepada perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam tempoh terdekat. Minggu hadapan insya-Allah kita sudah ada SOP.

“Pusat sembelihan dipunyai oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar ada dua iaitu di Jelebu dan sebuah lagi di Senawang dengan kapasiti kedua-duanya hanya 14 ekor, milik swasta juga tidak banyak. Kita akan hadapi masalah, itu akan menjadi kajian kita juga untuk memperincikan dan mengeluarkan SOP yang dapat diputuskan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar secara dalam talian selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco hari ini.

Sebelum ini Utusan Online melaporkan keluhan golongan penternak berkenaan SOP ibadah korban di negeri ini yang masih belum dikeluarkan oleh pihak berwajib.

Beberapa buah negeri telah mengeluarkan SOP ibadah korban masing-masing misalnya Johor yang tidak membenarkan aktiviti sembelihan, memotong, menimbang dan mengagihkan daging korban dilaksanakan di masjid dan surau seluruh negeri itu.

Jakim pula memaklumkan pelaksanaan ibadah korban di Wilayah Persekutuan dibenarkan namun proses penyembelihan binatang korban, lapah, potong dan pembungkusan daging korban hanya dibenarkan di rumah sembelihan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN