Rasuah RM10 juta: 4 pemilik syarikat kejuruteraan marin direman - Utusan Malaysia

Rasuah RM10 juta: 4 pemilik syarikat kejuruteraan marin direman

Dua daripada empat pengarah sayarikat kejuruteraan marin yang ditahan SPRM dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk direman pada 21 Jun 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan empat pemilik syarikat kejuruteraan marin kerana disyaki memberi rasuah bagi tujuan mendapatkan projek sebuah agensi penguatkuasaan dianggarkan berjumlah RM10 juta.

Menurut sumber, individu-individu membabitkan dua lelaki dan dua wanita berusia 40 hingga 71 tahun itu ditahan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya pukul 9 hingga 10 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Kumpulan itu dipercayai memberi rasuah kepada pegawai agensi penguatkuasaan tersebut sebagai balasan membantu syarikat-syarikat terbabit bagi mendapatkan kerja-kerja pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan berkaitan marin bermula 2018 hingga tahun ini.

“Dua daripada mereka masing-masing seorang lelaki dan wanita direman  empat hari bermula hari ini hingga 24 Jun manakala dua lagi direman dua hari sehingga esok,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut pagi ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya