Malaysia, China jalin hubungan rasmi - Utusan Malaysia

Malaysia, China jalin hubungan rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 1 Jun 1974, Malaysia dan China memeterai hubungan diplomatik secara rasmi. Naskhah perjanjian itu ditandatangani Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dengan Perdana Menteri China, Chou En-Lai di Dewan Besar Rakyat di Peking.

Serentak itu, Kerajaan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan berkuat kuasa pada hari yang sama kerana Taiwan adalah sebahagian daripada wilayah China.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 1 Jun 1968
    Enam ekor anjing yang diberi nama Jambu, Manggis, Langsat, Pulasan, Duku dan Ciku mula bertugas dalam Unit Anjing PDRM bagi membantu pencegahan jenayah.
  • 1 Jun 1973
    Bekas Menteri Tugas-Tugas Khas, Dr. Lim Kheng Yaik umum cabar Tun Tan Siew Sin bagi merebut jawatan Presiden MCA pada Ogos.
  • 1 Jun 1975
    Perdana Menteri, Tun Abdul Razak menepung tawar kapal terbang pejuang F-5 serta merasmikan Skuadron Ke-12 TUDM di Butterworth, Pulau Pinang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya