LHDN longgar pembayaran cukai, penalti - Utusan Malaysia

LHDN longgar pembayaran cukai, penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melonggarkan  pembayaran cukai dan penalti kepada orang ramai yang pendapatan mereka terjejas akibat pelaksanaan total lockdown

LHDN berkata, tawaran itu adalah penangguhan pembayaran penalti  yang berkaitan dengan kewajipan bayar cukai mereka ke tahun 2022 dengan syarat pembayar  terus mematuhi pembayaran amaun prinsipal.

“Kelonggaran ini bertujuan meringankan beban pembayar cukai dalam menyelesaikan cukai tertunggak dan penalti cukai,” kata LHDN kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan, LHDN juga membuat pertimbangan permohonan penjadualan semula bayaran cukai bagi mereka yang kehilangan punca pendapatan atau tidak mampu menyelesaikan cukai  tertunggak akibat pelaksanaan total lockdown.

“Pertimbangan penyemakan semula penalti yang dikenakan sekiranya pembayar cukai dipertimbangkan dengan melihat setiap asas kes,” jelas kenyataan itu.

Kata kenyataan, kelonggaran tersebut hanya terpakai kepada pembayar cukai yang terjejas pendapatannya ketika ini.

“Pembayar cukai yang tidak terjejas perlu meneruskan pembayaran cukai seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkuat kuasa,” jelasnya.

Pembayar cukai yang berhasrat untuk memohon kelonggaran ini disyorkan untuk menghubungi Pejabat Cawangan LHDN yang mengendalikan fail cukai pendapatan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN