PONTIAN: Pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Patah di sini mengambil pendekatan tersendiri membantu semua murid terutamanya mereka yang tiada kemudahan peranti agar tidak ketinggalan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Guru Besar SK Parit Patah, Zarina Sidik berkata, guru-guru diminta untuk menyediakan lembaran kerja, modul-modul pembelajaran, kertas-kertas ujian yang membolehkan ibu bapa mengambil kesemua bahan tersebut mengikut kotak-kotak yang disediakan di sekolah. Menurutnya, kaedah seperti itu diyakini mampu…