PUTRAJAYA: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 setakat semalam merekodkan sebanyak 3,212,873 dos.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 105,655 dos yang hanya dicatatkan dalam tempoh sehari pemberian vaksin di seluruh negara.
Menurut beliau, daripada jumlah itu, pemberian dos pertama ialah 2,098,189 orang manakala pemberian lengkap dua dos berjumlah 1,114,684 orang.
“Setakat semalam sebanyak 12,584,422 pendaftaran penerimaan vaksin direkodkan menerusi MySejahtera.
“Jumlah itu meliputi 51.9 peratus populasi negara ini yang layak menerima vaksin,” katanya dalam Twitter beliau hari ini.- UTUSAN










