Gadis terjun dari jambatan diselamat nelayan - Utusan Malaysia

Gadis terjun dari jambatan diselamat nelayan

Kereta gadis berusia 24 tahun yang terjun ke laut dari Jambatan Sultan Abdul Halim di Pulau Pinang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEOGETOWN: Seorang gadis berusia 24 tahun yang bertindak terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim di sini tadi diselamatkan nelayan yang kebetulan berada di lokasi berhampiran.

Jurucakap pasukan bomba Bayan Baru berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 7.15 malam dan membabitkan seorang gadis berketurunan India.

“Pemeriksaan bomba di tempat kejadian di Kilometer 14.1 Jambatan Sultan Abdul Halim menemui sebuah kereta Proton Wira dan beberapa barang peribadi dipercayai milik mangsa dalam kereta tersebut,” kata jurucakap itu.

Jurucakap itu memberitahu, mangsa yang diselamatkan dibawa oleh nelayan ke Jeti Pengkala Merin Batu Uban sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya